Malaysia Website Awards
[email protected] Hubungi Kami Isnin - Khamis: 11.00 a.m. - 7.00 p.m. | Jumaat: 3.00 p.m. - 7.00 p.m. | Sabtu - Ahad: 11.00 a.m. - 4.00 p.m.

TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN (HQ)

No.40, Jalan BPP 8/3 Bandar Putra Permai 43300 Seri Kembangan Selangor

CENTRIO, SEREMBAN 2 (BRANCH)

No.171-G, Jalan S2 B22, Pusat Dagangan, Seremban 2, 70300 Seremban Negeri Sembilan.

I-CITY SHAH ALAM (BRANCH)

No.11, Jalan Keluli AK7/AK, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.

PRIMA SAUJANA, KAJANG (BRANCH)

No.60, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang Selangor.

Tentang Kami

KITTON (M) SDN BHD bernombor Pendaftaran Syarikat 1226992-W adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan aktiviti veterinar yang beralamat di No 40, Jalan BPP 8/3, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

OBJEKTIF SYARIKAT

KITTON (M) SDN BHD diterajui oleh Veterinar berpengalaman dalam industri Haiwan Ternakan Ruminan dan Haiwan Kesayangan serta dibantu oleh kakitangan yang berpengalaman dalam bidang pengurusan. Dengan ini kami merupakan gabungan kumpulan yang mampu memperbaiki dan meningkatkan industri ini secara keseluruhannya.

Objektif-objektif syarikat kami adalah :

  • Menyahut dan membantu merealisasikan visi kerajaan dalam menjadikan industri pertanian sebagai salah satu sumber Pembangunan Ekonomi Negara.
  • Membantu penternak dengan memberikan khidmat nasihat tentang penternakan.
  • Memberikan khidmat nasihat dan rawatan dengan harga berpatutan untuk haiwan- haiwan kesayangan seperti kucing, arnab, burung dan sebagainya.
  • Membekalkan pelbagai jenis antibiotik, anthelmintic, vitamin dan ubat-ubatan yang berkaitan dengan bidang penternakan.
  • Membekalkan alatan perladangan yang boleh digunakan untuk membantu mengekalkan dan meningkatkan produktiviti.
  • Membekalkan pelbagai jenis makanan tambahan ternakan samada dalam bentuk larutan ataupun ‘pellet’ bagi meningkatkan pengeluaran.
  • Mengendalikan kursus Pengurusan Ladang.

VISI SYARIKAT

Visi utama syarikat tertumpu kepada perkembangan dan kemajuan penternak dalam bidang penternakan yang mana usaha kami tertumpu kepada peningkatan pengeluaran, pengurangan masalah penyakit serta kawalan jangka hayat dan pada masa yang sama memberi pendekatan dalam memasarkan produk yang dikeluarkan oleh penternak-penternak. Kami juga bergiat aktif di dalam “Small Animal Clinic” atau Klinik Haiwan Kesayangan yang juga berpusat di Seri Kembangan, Selangor. Kami menjalankan perkhidmatan veterinar kepada haiwan kesayangan dengan harga yang amat berpatutan.

MISI SYARIKAT

Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan veterinar, KITTON (M) SDN BHD akan memberi pengetahuan dan pendekatan yang berterusan dalam bidang penternakan dan klinik , bermula dengan memberi pendedahan berkaitan haiwan ternakan dan haiwan kesayangan dengan mengadakan seminar, kursus jangka pendek serta khidmat nasihat.

Syariah Meja Bulat (2020) | Ep 24 - Kejam Terhadap Haiwan

Program bual bicara yang mengupas isu semasa meliputi kes-kes sebenar menurut perundangan Islam atau hukum Syariah bersama pakar agama dan berkaitan, peguam Syariah serta responden sebenar yang sedang menghadapi masalah tersebut. Program ini akan mengajar penonton berkenaan aspek perundangan Islam yang sememangnya tidak memberatkan hukuman tetapi menumpukan keadilan berdasarkan ajaran Islam.

Hos: Ally Iskandar
Tetamu Jemputan:
1. Ustaz Jafri Abu Bakar (Pendakwah)
2. Dr. Ahmad Rostam Md Zin (Pakar Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah)
3. Dr. Zulkefle Nizam (Doktor Veterinar, Klinik Haiwan & Surgeri)
4. Nazirah Abdul Rahman (Pencinta Kucing/ Badut)

Sebagai sebahagian daripada misi kami, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan veterinar. Dari perkhidmatan vaksinasi / rawatan kesihatan hingga ke surgeri dan penjagaan di wad. Sekiranya haiwan kesayangan anda memerlukan rawatan, kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka.

Tetapkan Janji Temu

Dapatkan nasihat dan nasihat penjagaan kesihatan kami?

Ikuti Kami di Media Sosial

Ikuti kami di Media Sosial untuk melihat artikel harian dan kata-kata hikmat sepanjang hari anda. Pastikan untuk menetapkan kami sebagai halaman yang anda ingin "Lihat Pertama" dan terus "Menyukai" siaran kami di semua platform sehingga anda dapat mula melihatnya setiap hari di feed berita anda.

Hubungi Kami Hari Ini

TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN (HQ)

I-CITY, SHAH ALAM (BRANCH)

CENTRIO, SEREMBAN 2 (BRANCH)

PRIMA SAUJANA, KAJANG (BRANCH)